Isi tempat-tempat kosong dengan kata nafi yang sesuai.
1. Pesalah itu _________ membuat sebarang pengakuan ketika dihadapkan ke mahkamah.
2. Kedatangan pegawai kesihatan itu _________ untuk memeriksa kebersihan di kawasan taman itu.
3. Lagu yang dinyanyikannya _________ Istana Kecundang
4. Bandar yang dikunjungi itu _________ sebersih Singapura.
5. Sungai Rejang _________ sungai yang terpanjang di Sarawak.
6. Ikan Bakar _________ makanan yang paling laris dijual di kedai makanan itu.
7. Bola ragbi itu _________ bulat tetapi lonjong.
8. Rumah anak saudara Siti _________ di Tanah Merah, Port Dickson.
9. Kenyataan yang dikeluarkan di media elektronik itu _________ benar belaka.
10. Pejabat itu _________ syarikat perkapalan .
11. Budak itu _________ ketua darjah.
12. Jambatan yang ketiga terpanjang di dunia _________ Jambatan Pulau Pinang.
13. Pekerja yang _________ cekap itu tidak akan diberhentikan.
14. Orang tua itu _________ datuknya.
15. Encik Marzuki _________ guru Bahasa Inggeris di sekolah saya.
16. Pelajar baru itu _________ tidur tetapi sekadar memejamkan matanya
17. Semua sekolah _________ dibuka pada hari Sabtu dan Ahad.
18. Jambatan Pulau Pinang _________ jambatan terpanjang di Asia Tenggara.
19. Pekerja yang _________ cekap itu tidak akan diberhentikan.
20. Nasi Kerabu _________ makanan kegemaran Aminah.